Satu laporan mengejutkan dari UK di mana, Manchester United dilaporkan sedia menjual kapten mereka, Harry Maguire pada jendela perpindahan akan datang.

Prestasi terumbang ambing Harry Maguire sejak dibeli dengan nilai £80 juta menjadikannya bek termahan dunia, telah membuatkan United membuat keputusan untuk membuka rundingan dengan mana mana pasukan yang berminat dengan Harry Maguire.

Man United seolah olah akur bahawa Harry Maguire tidak akan pernah mampu menepati tanda harga £80 juta yang dibayar kelab itu pada musim panas 2019 kepada Leicester.

Maguire yang akan berusia 30 tahun pada tahun hadapan, terus menuai kritikan pada musim ini dengan beberapa aksi pertahanan yang lemah dan meletakkan pasukannya dalam risiko dalam setiap perlawanan.

Malah beberapa pundit percaya, mujur Maguire adalah pemain Inggeris, jika tidak sudah pastinya kritikan lebih teruk dikenakan ke atasnya oleh media Inggeris.

Musim ini Maguire hanya membantu Manchester United kekal clean sheet sebanyak enam kali sahaja. Jadi, sangat mudah untuk kita memahami kenapa kritikan ditujukan kepadanya.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Manchester United akur bahawa mereka akan menerima tawaran jauh lebih rendah daripada angka £80 juta yang mereka belanjakan.

Selain itu, Manchester United dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan bek tengah Borussia Dortmund iaitu Manuel Akanji.

Akanji merupakan nadi utama pertahanan Borussia Dortmund ketika ini merupakan pemain antarabangsan Switzerland. Beliau baru berusia 26 tahun dengan kontraknya akan tamat pada 2023. Buat masa ini, Akanji masih belum menunjukkan minatnya untuk melanjutkan kontrak bersama BvB,

Selain itu, Bild menyatakan bahawa Manchester United menawarkan Akanji perjanjian bernilai £260,000 seminggu. Itu akan membuatkan gajinya meningkat 2 kali ganda berbanding £130,000 seminggu yang ditawarkan Dortmund kepadanya dalam kontrak baharu.

Laporan yang sama menyatakan bahawa Borussia Dortmund meletakkan tanda harga sekitar £21 juta untuk pemain pertahanan itu. Mereka tidak menghalang pemain itu daripada pergi pada musim panas akan datang.